|
Assalamualaikum para jemaah & kariah sekalian. Mulai sekarang, anda boleh menderma kepada pihak masjid. Anda boleh depositkan derma anda terus ke akaun bank masjid di RHB Bank cawangan SEA Park melaui kemudahan online banking, MEPS, cek mahupun secara deposit. Derma anda akan disalurkan kepada pihak masjid, dan pihak masjid akan menggunakannya untuk kegiatan-kegiatan masjid, derma anak yatim dan fakir miskin, program penyebaran syiar Islam, zakat dan perkara-perkara yang berkaitan dalam membangunkan agama Islam serta pembangunan ummah. Berikut adalah maklumat tentang akaun masjid untuk rujukan anda semua.  Nama Akaun: Masjid Kampung Tunku Nama Bank: RHB Bank, Sea Park No. Akaun: 26 2401 4005 1093 Jika anda telah melakukan transaksi derma melalui sebarang kemudahan perbankan yang ada, kami memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk melengkapkan borang dibawah untuk rujukan pihak kami. Segala kerjasama yang diberikan kami ucapkan jutaan terima kasih.
Segala derma yang telah diberikan, kami ucapkan jutaan terima kasih. Moga segala usaha dan derma yang diberikan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Ta’ala. Semoga anda mendapat tempat yang terbaik disisi Allah kelak. Assalamualaikum. |